Kalendar 2023: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia

2023-02-01     甘祥韻     反饋
13/19
Cuti Sekolah 2023 Negeri Kumpulan A Dan B

Kalendar Akademik bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi sesi 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 bagi sekolah di negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 untuk Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan rasmi memaklumkan bahawa ketetapan untuk menangguhkan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 yang dijadualkan bermula pada 12 Mac 2023 bagi Kumpulan A dan 13 Mac 2023 bagi Kumpulan B supaya pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 dikekalkan pada bulan Mac 2023 untuk memastikan KPM mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.

1. Kumpulan A – Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Penggal pertama persekolahan : 19 Mac 2023 sehingga 25 Mei 2023

Penggal kedua persekolahan : 4 Jun 2023 sehingga 24 Ogos 2023

Penggal ketiga persekolahan : 3 September 2023 sehingga 8 Februari 2024

Tarikh Cuti Persekolahan

Cuti pertengahan penggal satu (1) : 21 April 2023 sehingga 29 April 2023

Cuti Penggal 1, sesi 2023/ 2024 : 26 Mei 2023 sehingga 3 Jun 2023

Cuti penggal dua (2) : 25 Ogos 2023 hingga 2 September 2023

Cuti penggal tiga (3) : 15 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024

Cuti akhir persekolahan : 9 Februari 2024 hingga 9 Mac 2024

Info lanjut sila rujuk Kalendar Takwim Persekolahan untuk sekolah Kumpulan A di bawah:-